|
Produk eSave4u.biz

11 Sebab
Mengapa Perlu Gunakan e-Save Power Stabilizer & Saver
-
dapat menjimatkan antara 10-30%. Dalam
sesetengah keadaan sehingga melebihi 30% bil elektrik.
-
mudah dipasang. Sama seperti perkakas elektrik
lain, hanya plug terus pada soket. Dapat barang terus boleh
guna.
[Butiran Lanjut]
-
tidak perlukan penyelenggaraan. Tidak perlu
pendawaian
e-Save selamat dan bertindak juga sebagai penstabil voltage
tenaga elektrik. Ini penting untuk menjaga ketahanan barangan
elektrik anda!
-
juga
boleh digunakan di tempat lain. Asalkan anda
inginkan penjimatan selepas berpindah ke rumah baru! Jangan lupa
bawa alat ini bersama.
-
mempunyai ketahanan produk sehingga 5 tahun.
-
juga mempunyai jaminan kualiti 12 bulan. Pulangkan semula jika ia rosak.
(Tertakluk kepada terma &
syarat)
-
juga
memberi Jaminan Wang Dikembalikan (Money Back
Guarantee) selama 6 bulan.
(Tertakluk kepada terma & syarat)
[Butiran Lanjut]
-
telah diuji oleh SIRIM. Nombor rujukan laporan
SIRIM adalah 2005EL0214.
[Butiran Lanjut]
-
juga menerima pengesahan dari Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) /
Suruhanjaya Tenaga (ST). Dikategorikan sebagai barang bukan
kawalan.
[Butiran Lanjut]
-
mendapat pengiktirafan CE untuk model yang sama bagi
pasaran Eropah.
[Butiran Lanjut]
-
telah diInsurance bagi Barangan &
Tanggungan Awam bernilai RM 1 Juta.
[Butiran Lanjut]
Cara Pemasangan e-Save
Cara pemasangan dan jumlah unit power saver yang perlu dipasang
bergantung kepada fasa bekalan elektrik premis anda dan purata
jumlah penggunaan elektrik (kWH) dalam sebulan.
|
Model
|
Kegunaan Bulanan |
Kegunaan Bulanan |
|
Single Phase
*1
unit power saver diperlukan |
3 Phase
*3 unit power saver diperlukan
|
|
e-Save
Model 88 |
150KWH
- 350KWH
atau
Dibawah RM100
Sebulan
(tarif kediaman)
|
-
Tidak Sesuai - |
|
e-Save
Model 188 |
350KWH
- 1,000KWH
atau
RM100 - RM300
(tarif
kediaman) |
750KWH - 2,000KWH
atau RM250 - RM800
(tarif kediaman)
|
|
e-Save
Model 388 |
500KWH - 2,000KWH
atau
RM300
dan ke atas
(tarif
kediaman) |
1,500KWH - 6,000KWH
atau RM600 -
RM2,600
(tarif kediaman)
|
* Anggaran
bil mengikut tarif TNB yang berkuatkuasa pada 1hb Julai 2008.
Untuk pendawaian
Single Phase anda hanya perlu memasang 1 unit power saver sahaja
mengikut model yang dinyatakan di atas.
Untuk pendawaian 3
Phase, anda memerlukan 3 unit power saver untuk dipasang pada soket
setiap phase. Ini kerana penjimatan perlu dilakukan pada ketiga-tiga
phase untuk mendapatkan penjimatan yang optima.
Pastikan anda
memasang alat ini pada soket yang paling hampir dengan suis utama
(biasanya di ruang tamu).

Perhatian
1.) Pastikan e-Save tidak berkongsi soket dengan alat elektrik lain
atau menggunakan 'extension cord'
2.) Bagi tujuan keselamatan, sila tunggu 10 saat selepas mematikan
suis power e-Save sebelum mencabutnya daripada soket (alat ini
menyimpan cas elektrik).
Sangat Mudah... Hanya Plug Dan On Sahaja.
Tips Mengenali Single Phase
Cara #1: Lihat meter

Terdapat hanya 2 wayar sahaja
Cara #2: Sila lihat Main Switch
/ Distribution Box (DB) anda

Setelah anda mengenalpasti sistem pendawaian di rumah atau premis
anda adalah Single Phase, kini anda berpeluang untuk mendapat
penjimatan setiap bulan. Anda tidak perlu mengorbankan keselesaan
anda. Tidak perlu menukarkan peralatan elektrik anda, tidak perlu
membuat usahsuai pendawaian, tidak perlu buat penyelenggaraan, cuma
yang perlu dilakukan hanyalah memasang alat penjimatan ini sahaja!
Tips Mengenali 3 Phase (3 fasa)
Anda boleh mengenali pendawaian 3 Phase dengan 3 cara. Mana-mana
salah satu DB / Main Switch / Circuit Breaker di bawah ini mungkin
terdapat pada premis anda.
Cara #1: Lihat meter

Terdapat 4 wayar termasuk wayar berwarna merah, kuning dan biru
Cara #2:

Sekiranya 3 suis bercantum seperti gambar di atas, maka ia adalah 3
Phase.
Cara #3:

Sekiranya DB/ Circuit Breaker anda hanya ada 1 suis utama sahaja
(biasanya ia berwarna merah) dan apabila anda membuka peti DB
tersebut, didapati 3 warna iaitu merah, kuning, biru pada DB /
Circuit Breaker anda, maka ia juga adalah 3 Phase.
Tips : Kenapa dah pakai e-Save tapi tak
jimat?
Berikut adalah
tips yang berguna untuk mengenal pasti sebab-sebab kenapa tiada
penjimatan kepada bil elektrik setelah memasang power saver
sekurang-kurangnya selama sebulan.
1) Bil adalah ‘bil anggaran’ bukannya
bacaan sebenar yang diambil daripada meter (berlaku di beberapa
kawasan)
2) Sesetengah peralatan elektrik
digunakan dengan lebih kerap apabila kuantiti jualan bertambah.
Sebagai contoh, jualan pada bulan Januari ialah RM50,000 dan
meningkat sebanyak RM80,000 pada bulan Februari. Peningkatan jualan
sebanyak 60%, dalam kes ini sudah pasti bil elektrik juga akan
meningkat selari dengan kos operasi syarikat.
3) Peningkatan ‘overtime’ dan
pengeluaran tambahan kilang pasti akan meningkatkan penggunaan
elektrik.
4) Penggunaan elektrik yang bertambah
selepas memasang power saver (selalu terjadi). Cth: Sebelum memasang
power saver, penggunaan air-cond hanya 4 jam sehari tetapi setelah
memasang power saver penggunaan air-cond meningkat kepada 8 jam
sehari. Keadaan ini sudah pastinya akan meningkatkan bil elektrik.
5) Power saver yang telah dipasang
telah di`off’kan kerana soket yang sama telah digunakan untuk alat
elektrik yang lain.
6) Power saver dipasang pada
pertengahan bulan atau hanya beberapa hari sebelum bil bacaan meter
oleh TNB/SESCO. Jangkamasa yang terlalu pendek tidak akan
menunjukkan perbuahan yang ketara.
7) Penggunaan elektrik yang tidak
konsisten. Keadaan ini tidak bermakna power saver tidak berfungsi.
Cara yang paling sesuai untuk menilai keadaan ini ialah dengan cara
mendapatkan purata bil selama 3 bulan selepas memasang power saver
untuk dibandingkan dengan purata 3 bulan bil elektrik sebelum
memasang power saver.
8) Pemasangan alat elektrik tambahan
selepas memasang power saver. Cth: Penambahan 1 unit air-cond lalu
menyebabkan kadar penggunaan elektrik melebihi kesesuaian model
power saver yang asal.
9) Pelanggan tidak memasang bilangan
power saver yang sesuai mengikut penggunaan elektrik bulanan (kWH)
kerana samada kekurangan soket atau penambahan alat elektrik yang
banyak menggunakan tenaga elektrik.
10) Bilangan power saver yang dipasang
pada premis pendawaian 3 phase tidak mengikut kuantiti yang
dicadangkan. Cth: Pemasangan hanya 1 unit power saver pada rumah 3
phase. Kuantiti sebenar yang diperlukan untuk mendapat penjimatan
yang optimum ialah 3 unit power saver.
11) Penjimatan adalah lebih besar pada
alat elektrik bermotor seperti air-cond, peti ais, kipas dan
sebagainya. Penjimatan kurang pada peralatan yang berasaskan
pemanasan seperti seterika, cerek elektrik dan shower heater. Walau
bagaimanapun, alat ini dapat memanjangkan jangka hayat alat-alat
tersebut.
12) Keadaan peralatan elektrik di
rumah mempengaruhi penggunaan kuasa elektrik. Peralatan yang
diselenggara dengan baik akan menjimatkan kos operasi (energy
efficient) dan sekiranya selepas memasang power saver, pemilik rumah
tidak meneruskan penyelengaraan mengikut jadual yang sepatutnya
(seperti servis air-cond dsb) maka peralatan tersebut perlu bekerja
dengan lebih keras (menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak)
seterusnya meningkatkan bil elektrik.
13) Cuaca juga mempengaruhi penggunaan
tenaga elektrik untuk peralatan penyejukkan seperti air-cond dan
peti sejuk. Pada hari yang panas, tenaga elektrik yang lebih
diperlukan oleh air-cond atau untuk menyejukkan bilik pada suhu yang
ditetapkan seterusnya meningkatkan jumlah bil pada bulan tersebut.
Perkara ini jugak berlaku kepada peti sejuk.
14) Memasang model power saver yang
salah.
15) Memasang power saver pada
‘extension cord’ atau berkongsi soket dengan peralatan lain
16) Tempoh pembacaan meter (billing
cycle) oleh pembekal (TNB) tidak konsisten.
|
e-Save
Mini Sun Power
Saver |
Jenama
Lain |
|
Komponen
dalaman: Ciri-ciri keselamatan komponen di dalamnya
memenuhi kriteria standard EC dan disahkan oleh SIRIM |
Alat
penjimatan yang mempunyai kualiti pembuatan yang rendah
boleh menyebabkan letupan apabila tempoh jangka hayat Power
Saver tamat. |
|
Dicipta untuk
ketahanan Voltage yang tinggi sehingga 650 VAC. Oleh
kerana ketahanannya, maka tempoh jangka hayatnya lebih
panjang. |
Kebanyakan power saver lain hanya mempunyai rekabentuk
ketahanan voltage yang rendah. Tempoh jangka hayat adalah
pendek. |
|
Komponen khas
di dalamnya diimport daripada Jerman. Filem dengan
ketebalan 8µm menjamin ketahanan jangka hayat yang lebih
panjang. |
Kebanyakan power saver lain menggunakan ketebalan filem
hanya 3-6
µm.
Tempoh jangka hayat adalah pendek. Oleh sebab itu ia lebih
ringan dan saiznya lebih kecil. |
|
Casing
Polikarbonat yang tahan lasak. Ketahanannya sehingga 128°C.
Telah diuji oleh pihak PSB Singapura. |
Power
saver lain menggunakan bahan jenis ABS yang hanya boleh
tahan sehingga 68°C sahaja. |
|
Oleh kerana ia
perlu dipasang selama bertahun-tahun, maka ia menggunakan
kabel plug yang berkualiti tinggi dengan bahagian hujungnya
dipasang dengan kemas dan ketat. Kepala pin 3 mata
diimport dari Jerman dan diluluskan oleh SIRIM dan memenuhi
standard CE. |
Power
Saver lain tidak menggunakan kabel plug sebaliknya terus
kepada unit Power Saver. Ini boleh mendatangkan risiko jika
power saver yang digunakan berkualiti rendah dan dipasang
berterusan selama bertahun-tahun. |
|
Peneraju
utama dalam pasaran alat jimat elektrik seluruh dunia.
Produk eksport ke seluruh dunia seperti UK, Ireland,
Sepanyol, Greece, Mexico, Timur Tengah, India, Singapura,
Thailand, Filipina dan banyak lagi. |
Kebanyakan alat Power Saver lain diimport dari luar negara
seperti China dan Taiwan. Kualiti dan ujikaji produk belum
ada jaminan. |
Sijil Pengiktirafan Produk e-Save

Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan
1. Jaminan ini adalah bertujuan untuk
melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak kami sebagai
penjual.
2. Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh
belian.
3. Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda
akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas
menggunakan Power Saver ini.
4. Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan
penggunaan Power Saver secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi
membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power Saver
dapat dilakukan secara adil.
6. Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana
sebelum dan semasa menggunakan Power Saver. Pada tempoh ini anda
dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau
menggunakannya dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.
7. Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan
pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power Saver
dengan bil-bil elektrik bulan sebelum menggunakan Power Saver.
8. Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan
bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.
9. Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik
selepas menggunakan Power Saver dan 2 bulan salinan bil-bil elektrik
sebelum menggunakan Power Saver kepada kami. Ini bagi membolehkan
kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.
10. Hantarkan juga Resit dan Warranty Card yang diberikan bagi
memastikan anda adalah pelanggan kami.
11. Hantarkan juga alat e-Save secara pos atau manual kepada kami.
Bagi kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran
Poslaju dimana ia adalah cepat dan selamat.
12. e-Save hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh
digunakan. e-Save yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.
13. Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank
anda.
14. Caj perkhidmatan sebanyak RM30 akan ditolak daripada harga
setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit
Power Saver berharga RM199, maka jumlah wang yang akan dikembalikan
kepada anda ialah RM200 ditolak RM30 (caj perkhidmatan) = RM170.
15. Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj perkhidmatan adalah RM60
dan begitulah seterusnya.
16. Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.
Power Factor
Jangan paksa diri anda jika sukar untuk memahami penerangan
ini
kerana ia untuk tujuan pembuktian secara teknikal sahaja!
Bagi memahami kaedah Power Factor ini saya akan tunjukkan rajah kuda
sedang menarik keretapi seperti di bawah:

Untuk memahami apa itu Power Factor, andaikan seekor kuda yang
sedang menarik sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya
boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan sahaja kerana
kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di atas landasan. Ini
bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali
sebagai 'total (apparent) power' untuk menarik keretapi tersebut.
Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan
pula dikenali sebagai 'working (real) power'.
Oleh kerana kedudukan kuda tersebut semasa menarik adalah berada di
sisi keretapi, maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan,
walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan seluruh
tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda berlaku dan pembaziran
tersebut adalah 'nonworking (reactive) power'.
Kedudukan iaitu sudut dimana kuda tersebut berada semasa menarik
keretapi tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia adalah
nisbah antara 'working (real) power' dan 'total (apparent) power'.
Formulanya adalah seperti berikut:
Power Factor
= Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Sebenarnya semakin hampir kuda tersebut dengan landasan, maka
semakin banyaklah tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi
tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran tenaga kuda
tersebut.
Oleh yang demikian nilai 'working (real) power' tadi akan semakin
menyamai dengan 'total (apparent) power'. Jadi, semakin lama nilai
nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1. Apabila Power
Factor menghampiri 1, maka 'reactive (nonworking) power' akan
menghampiri kepada 0. Ini bermakna tiada pembaziran langsung pada
tenaga kuda tersebut!
Contoh perkiraan Power Factor;
Dalam satu ujikaji nilai berikut di ambil contoh:

Real Power = 100
kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR Real power
adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor
= 100
142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis
anda. 30% lagi tenaga tidak digunakan atau berlaku pembaziran!
Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;
Setiap unit Power Saver ini mengandungi kapasitor yang bertujuan
untuk menambahkan tenaga.
Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakan
kapasitor di dalam Power Saver ini, maka Apparent Power telah
dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA,(seolah-olah kuda berada
paling dekat dengan landasan) maka nilai Power Factor kini adalah:
Power Factor
= 100
105
= 0.95 atau 95%
Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara
optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang
pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.
Dengan itu ia menjadi semakin jimat! Iaitu hanya 5% sahaja
pembaziran berbanding tidak menggunakan Power Saver.
"Power
Factor yang lebih besar bukan sahaja akan menjimatkan bil anda
tetapi juga memperbaiki prestasi sistem pembekalan tenaga elektrik
anda"
- dipetik daripada Suruhanjaya Tenaga -




AMARAN AKTIVITI SPAM
Pihak eSave4u.biz tidak akan
bertolak ansur dengan ahli yang melakukan SPAM.
Jika didapati melakukan SPAM, laman web pihak terlibat
akan diberhentikan serta-merta tanpa notis.
|