|
|
|
|
FAQ (Soalan Lazim)
|
1.)
Saya masih tidak faham, bagaimana E-Save atau Power
Saver berfungsi? |
|
Power Saver adalah dikategorikan sebagai 'gadget' atau
peralatan istimewa yang boleh digunakan dengan sah dan
selamat.
Ia adalah sama sepertimana anda memasang
TV, peti ais dan kipas angin. Tiada yang pelik pada alat
ini!
Power Saver ini adalah satu alat khas yang mengandungi
kapasitor di dalamnya. Kapasitor ini berfungsi untuk
menambahkan tenaga bagi membolehkan meningkatkan
peratusan power factor tanpa menjejaskan prestasi
sebenar peralatan elektrik sedia ada.
Penggunaan kapasitor untuk penjimatan dan mengawal selia
pembaziran tenaga adalah kaedah yang sudah lazim
digunakan oleh pihak-pihak pembekal tenaga kepada
pengguna seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di
Semenanjung,
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)
di Sabah dan
Sarawak Electricity Supply Corporation
(SESCO) di Sarawak.
Perbezaannya, power saver ini adalah untuk skala
penggunaan yang kecil seperti perumahan, pejabat, dan
IKS iaitu penggunaan bulanan di antara 350kWH sehingga
10,000kWH sahaja.
Bukan
sekadar penjimatan elektrik, ia juga berfungsi sebagai
penstabil voltage dimana ia dapat mengawal kuasa yang
secukupnya semasa berlaku ketidakstabilan kuasa yang
dibekalkan di rumah atau premis anda.
|
|
2.)
Apa fungsi penstabil voltage atau stabilizer ini? |
|
Untuk makluman, kadar voltage yang dibekalkan di
Malaysia adalah di antara 220 - 240V. Voltage ini boleh
berubah bergantung
kepada beberapa faktor tertentu.
Kekerapan berlakunya ketidakseimbangan voltage boleh
menyebabkan mudahnya berlaku kerosakan pada alat-alat
elektrik.
Dengan
adanya fungsi 'stabilizer' yang dimiliki oleh power
saver ini, maka ia dapat membantu mengawal voltage
tersebut agar lebih konsisten seterusnya dapat
memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda.
|
|
3.)
Tak salah ke guna alat ini? Saya bimbang akan didakwa
oleh TNB kerana mencuri elektrik. |
|
Penjimatan kaedah Power Factor adalah cara yang
disyorkan oleh ST. Ianya sah dan tidak salah disisi
undang-undang. Anda bukan mencuri elektrik. Pemasangan
alat ini sama seperti alat elektrik lain seperti TV,
peti sejuk dan sebagainya.
Anda tidak perlu
mengubahsuai apa-apa. Anda tak perlu sentuh meter!
Anda
harus faham bidang kuasa pihak TNB, SESB, SESCO.
Sebarang alat elektrik yang dipasang di dalam rumah
bukan menjadi tanggungjawab mereka. Contohnya, anda
memasang TV, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya.
Adakah
anda perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu? Mereka
hanya bertanggungjawab pada peralatan yang dipasang
daripada meter sehinggalah ke ibu sawat. Namun pernahkah
sesiapa memasang atau menganggu peralatan mereka di
tempat tersebut? Mungkin ada mungkin tidak. Yang ada tu
siapa ye? ..yang curi kabel! :-)
Oleh itu, adalah kesalahan besar jika anda mengubahsuai
atau menggangu peralatan mereka bermula dari meter
hinggalah ke ibu sawat.
Saya pasti anda tentu
tidak akan melakukannya.
|
|
4.)
Jadi, kalau macam tu siapa yang bertanggungjawab pada
alat elektrik di dalam rumah samada ia selamat atau
tidak? SIRIM ke? |
|
Pihak
yang bertangungjawab sepenuhnya untuk memantau
penggunaan sesebuah peralatan elektrik di dalam rumah
ialah Suruhanjaya Tenaga (ST). Dahulunya dikenali
sebagai Jabatan Bekalan Elektrik (JBE). Bukannya
SIRIM!
Semua peralatan elektrik samada dari dalam atau luar
negara perlu mendapat pengesahan daripada ST terlebih
dahulu.
Begitu juga alat elektrik yang diimport dari luar negara
seperti dari negara China dan lain-lain.
Mesti mendapat
pengesahan ST terlebih dahulu.
|
|
5.)
Power Saver ini ada pengesahan dari ST ke? |
|
Ya,
sememangnya ada. Alat ini telah mendapat pengesahan
daripada ST sebelum ianya boleh dipasarkan kepada
pengguna. Sebab itulah syarikat boleh memasarkannya.
Antara
kandungan di dalam surat pengesahan daripada ST
menyatakan bahawa alat ini adalah Non Control Item
atau Barang Bukan Kawalan.
|
|
6.)
Apa maksudnya Non Control Item atau Barang Bukan
Kawalan? |
|
ST
mengkategorikan peralatan elektrik kepada 2 kumpulan
iaitu Contol Item atau Barang Kawalan dan Non Control
Item atau Barang Bukan Kawalan.
Adalah
menjadi bidang kuasa ST bahawa peralatan elektrik yang
dikategorikan sebagai Barang Kawalan, sebarang pihak
atau syarikat pengeluar perlu mendapatkan pegesahan
daripada SIRIM terlebih dahulu sebelum digunakan oleh
pengguna.
Contoh
barang kawalan adalah seperti TV, sterika, kipas angin,
periuk nasi dan banyak lagi. Senarai barang kawalan
boleh didapati dari syarikat ini yang dikeluarkan
sendiri oleh ST. Barang-barang ini dapat dibezakan
dengan mempunyai label (sticker) SIRIM manakala bukan
barang kawalan tidak mempunyai label SIRIM tetapi sah
digunakan.
Bagi
barang kawalan pihak pengeluar perlu memohon kepada
SIRIM dan perlu mematuhi beberapa prosidur yang telah
ditetapkan oleh pihak SIRIM. Antaranya ialah dengan
membuat beberapa ujikaji di SIRIM.
Sekiranya tidak berbuat demikian maka ia adalah satu
kesalahan dan peralatan tersebut adalah berisiko kepada
pengguna samada dari segi keselamatan atau
keberkesanannya.
Namun
demikian alat power saver ini adalah barang bukan
kawalan yang mana secara teknikalnya tidak memerlukan
pengesahan SIRIM, namun atas kepentingan dan keselamatan
pengguna, alat ini juga telah dihantar untuk diuji oleh
SIRIM bagi memastikan tahap keberkesanan dan keselematan
penggunaannya.
|
|
7.)
Betul ke Power Saver ini boleh menjimatkan bil elektrik? |
|
Itulah tujuan alat ini dicipta. Keberkesanan alat ini
telah dibuktikan daripada ujikaji yang telah dilakukan
sendiri oleh pihak SIRIM. SIRIM mengesahkan ianya
berfungsi sebagaimana tujuan ia dicipta dan berfungsi
dengan baik. Tambahan
pula, daripada maklumbalas di kalangan pengguna yang
menggunakan Power Saver ini, mereka telah memperolehi
penjimatan kepada bil elektrik mereka.
Penjimatan
antara 10 - 20% kebiasaannya akan direkodkan untuk
penjimatan dalam keadaan biasa. Peratusan penjimatan ini
bergantung kepada jenis bebanan dan penggunaan peralatan
elektrik yang digunakan. Dalam
sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan
terutamanya penggunaan berhampiran kilang-kilang dan
kawasan industri dimana banyak berlaku 'power loss' pada
tenaga elektrik.
Anda
tidak perlu bimbang kerana alat ini dilindungi oleh
jaminan wang dikembalikan, maka anda boleh membuat
tuntutan sekiranya tiada pengurangan bil yang
direkodkan.
Syarat jaminan wang dikembalikan adalah
seperti yang dinyatakan di bahagian yang berkenaan.
|
|
8.)
Adakah kerajaan atau pihak ST melarang penggunaan alat
ini? |
|
Tidak, sebaliknya ia sangat digalakkan kerana alat
seperti ini dapat menghasilkan 'high energy rating
equipment'. Sebagai contoh, apabila anda membeli
penghawa dingin atau mesin basuh baru, anda ada pilihan
memilih samada mesin basuh atau penghawa dingin jenis
'high energy rating' atau 'low energy rating'.
Peralatan elektrik yang mempunyai 'high energy rating'
sebenarnya akan menggunakan tenaga elektrik yang kurang
berbanding peralatan yang mempunyai 'low energy rating'.
Anda
boleh melihat label 'high energy rating' ini
kebiasaannya pada kotak peralatan elektrik tersebut.
Namun
demikian peralatan 'high energy rating' adalah lebih
mahal daripada 'low energy rating'. Power Saver ini pula
berfungsi sama seperti alat elektrik 'high energy
rating' tersebut.
|
|
9.)
Bagaimana caranya memasang alat ini? |
|
Pemasangan Power Saver ini sangat mudah. Cuma masukkan
saja plug power saver ini ke soket 13 Amp iaitu soket
yang biasa di rumah atau premis anda.
Pasangkan di soket
yang paling dekat dengan Distribution Box (DB). Kemudian
'on'kan.
Jangan
gunakan penyambungan soket tambahan atau berkongsi soket
dengan plug peralatan elektrik lain apabila memasang
Power Saver ini.
|
|
10.)
Adakah Power Saver ini memerlukan penyelenggaraan? |
|
Tidak.
Ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan pun. Anda
tidak perlu melakukan apa-apa pengubahsuaian atau
penggantian pada komponen alat power saver ini sepanjang
tempoh penggunaan.
|
|
11.)
Adakah perlu pengubahsuaian pada pendawaian elektrik
sedia ada? |
|
Tidak
perlu. Anda tak perlu buat sebarang pengubahsuaian pada
litar elektrik atau DB anda. Ia sememangnya dicipta
secara konsep 'plug & play'. Plug saja ke soket anda.
Ya
memang ada alat penjimatan elektrik yang lain yang
memerlukan anda melakukan pengubahsuaian di DB, tetapi
bukan alat penjimatan power saver ini.
|
|
12.)
Adakah alat ini ada Jaminan atau Warranty? |
|
Ya. Oleh kerana kami mementingkan kepuasan pelanggan dan
kualiti produk, Power Saver ini mempunyai jaminan 12
bulan yang merangkumi 'manufacturing' atau 'material
defects'.
Anda
tidak perlu bimbang kerana jika alat ini tidak berfungsi
seperti mana biasa dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh
beli, maka kami akan gantikan dengan yang baru kepada
anda.
|
|
13.)
Apakah skop Jaminan 12 bulan tersebut? |
|
Skop Jaminannya mudah. Tiada yang diselindungkan. Jika
ia tidak lagi berfungsi seperti kebiasaannya,
berkemungkinan terdapat komponen yang rosak di dalamnya.
Salah satu tanda ialah melihat kepada lampu merah yang
menyala pada Power Saver ini. Jika ia tidak menyala
ketika alat ini 'on'kan, mungkin terdapat kerosakan
komponen pada alat ini.
Hubungi
kami dan hantarkan terus Power Saver tersebut kepada
kami secara pos. Sertakan bersama resit jualan atau kad
jaminan anda sebagai bukti pembelian.
Sebaik
kami menerimanya, kami akan menggantikannya dengan yang
baru. Tiada kos tambahan penghantaran. Ia PERCUMA!
|
|
14.)
Apakah yang tidak dijamin dalam tempoh Jaminan 12 bulan? |
|
Perkara berikut adalah kerosakan yang tiada dalam
jaminan:-
· Jatuh
- samada sengaja atau tidak.
·
Diubahsuai - luaran atau dalaman.
· Kerosakan
disebabkan gangguan lain seperti litar pintas.
· Bencana
alam - banjir atau gempa bumi.
|
|
15.) Saya berminat dengan alat ini dan
ingin membeli.
Bagaimana caranya? |
|
Untuk
membeli sangatlah mudah. Anda boleh membeli dengan cara
mengisi borang pesanan dalam laman web ini.
Bayaran
boleh dilakukan secara bank-in ke Maybank atau CIMB
secara online atau melalui mesin ATM.
|
|
16.)
Jika berlaku kerosakan ketika penghantaran pesanan,
bagaimana? Ada jaminan tak? |
|
Sistem penghantaran secara Pos Laju adalah cepat dan
selamat.
Namun jika berlaku kerosakan yang disebabkan semasa
penghantaran,
pesanan anda adalah dilindungi. Jika ketika menerima
alat ini anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak
kena pada alat ini, sila laporkan kepada kami untuk
melakukan penghantaran semula.
Hantarkan terus Power Saver tersebut kepada kepada kami
secara pos.
Sertakan bersama resit jualan sebagai
bukti belian.
|
|
17.)
Saya nak mencuba dahulu. Boleh tak bagi free dulu? Kalau
berkesan baru saya beli? |
|
Memandangkan alat ini mempunyai Jaminan Wang
Dikembalikan 6 Bulan, maka cara tersebut adalah tidak
praktikal untuk dilakukan.
Anda
tidak perlu bimbang kerana anda boleh membuat tuntutan
jaminan wang dikembalikan sekiranya terbukti tiada
pengurangan pada bil bulanan anda.
|
|
18.)
Adakah alat ini selamat? |
|
Ya.
Alat ini dicipta mengikut standad pembuatan yang tinggi.
Sila lihat komponen dan ciri-ciri keselamatan power
saver ini yang dipaparkan di bawah ini:

Bagi
menjamin aspek keselamatan alat ini, ia juga telah
diinsurankan dengan jaminan '1 Million Product Liability
Insurance'. Perlindungan insuran ini akan diperbaharui
setiap tahun.
Ini
bermakna anda dilindungi di bawah penggunaan alat ini
dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak
diingini seperti kebakaran dan sebagainya yang
disebabkan oleh alat ini maka anda dilindungi dengan
tuntutan sehingga RM1 juta.
|
|
19.)
Adakah saya perlu onkan power saver ini setiap masa? |
|
Ya.
Power saver model 188 dan 88 boleh dionkan setiap masa
untuk mendapatkan penjimatan yang optimum. Jangan
bimbang! walaupun ia dionkan setiap masa tetapi ia tidak
akan menggunakan lebihan tenaga kerana ia telah
diciptakan dengan teknologi sedemikian rupa.
Namun
demikian, bagi model 388, ia perlu dioffkan sama seperti
penggunaan alat elektrik lain sekiranya anda tidak
menggunakan alat elektrik atau meninggalkan premis dalam
tempoh yang panjang.
Perhatian:
Alat ini juga menyimpan tenaga elektrik selama 10 saat
selepas ianya dioffkan. Oleh itu tunggulah selama 10
saat sebelum anda mencabut plug daripada soketnya
sebagai langkah keselamatan.
|
|
20.)
Bagaimana menentukan model Power Saver yang sesuai untuk
saya? |
|
Power
Saver ini mempunyai 3 model.
· E-Save
Model 88
· E-Save
Model 188
· E-Save
Model 388
E-Save
Model 88 adalah bersesuaian bagi penggunaan bil elektrik
bulanan dibawah RM100 mengikut tarif kediaman.
Bagi
E-Save Model 188 pula adalah sesuai untuk penggunaan bil
elektrik diantara RM100 sehingga RM300 sebulan bagi
tarif kediaman.
Manakala E-Save model 388, adalah sesuai untuk bil
elektrik melebihi RM300 dan ke atas bagi tarif kediaman.
Jadual
di bawah adalah sebagai panduan anda mengenalpasti model
yang sesuai untuk anda.
Anda
boleh melihat kepada KWH penggunaan sebulan untuk
bil-bil tarif selain daripada tarif kediaman. Contoh
jika bil tarif anda adalah perdagangan atau perniagaan
maka anda perlu melihat kepada jumlah penggunaan KWH
bulanan untuk menentukan model yang sesuai.
|
Model
|
Kegunaan Bulanan |
Kegunaan Bulanan |
|
Single Phase
* 1 unit power saver
diperlukan |
3 Phase
* 3 unit power saver
diperlukan
|
|
e-Save
Model 88 |
150KWH - 350KWH
atau
Dibawah RM100
Sebulan
(tarif kediaman)
|
- Tidak Sesuai - |
|
e-Save
Model 188 |
350KWH - 1,000KWH
atau
RM100 - RM300
(tarif kediaman) |
750KWH - 2,000KWH
atau
RM250 - RM800
(tarif kediaman)
|
|
e-Save
Model 388 |
500KWH - 2,000KWH
atau
RM150 - RM800
(tarif kediaman) |
1,500KWH - 6,000KWH
atau
RM600 - RM2,600
(tarif kediaman)
|
*
Anggaran bil mengikut tarif terkini TNB pada Julai 2008.
Jangan
bimbang, jika anda menghadapi masalah untuk pemilihan
model, sila hubungi terus kami untuk mengenalpasti model
yang sesuai untuk anda.
|
|
21.)
Apakah bezanya pemasangan untuk Single Phase dengan 3
Phase? |
|
Untuk
pendawaian Single Phase anda hanya perlu memasang 1 unit
power saver sahaja mengikut model yang dinyatakan di
atas.
Namun
untuk 3 Phase, anda memerlukan 3 unit power saver untuk
dipasang pada soket setiap phase. Ini kerana penjimatan
perlu dilakukan pada ketiga-tiga phase untuk mendapatkan
penjimatan yang optima.
Rujuk
rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase di bawah:
Rajah pemasangan Single Phase dan 3 Phase:
 
Single
Phase 3 Phase (merah, coklat/kuning,
biru)
|
|
22.)
Bolehkah ketiga-tiga model tersebut digunakan pada
Single Phase atau 3 Phase? |
|
Ya
boleh. Ketiga-tiga model 88, 188 dan 388 boleh dipasang
samada pada Single dan 3 Phase. Ini kerana pemilihan
model bukan bergantung kepada phase tetapi ianya
bergantung kepada bil atau KWH penggunaan bulanan bil
elektrik anda.
Oleh
itu, adalah penting untuk mengenalpasti jumlah bil
bulanan anda setiap bulan bagi mendapatkan model yang
betul.
|
|
23.)
Apakah saiz sebenar Power Saver ini. Besar ke kecil? |
|
Kesemua
saiz power saver adalah sama walaupun modelnya berbeza.
Size: 126X138X80mm.
Berat: Model 88 - 600g, Model 188 - 700g, Model 388 -
800g
Lihatlah saiz sebenar hanya sebesar tapak tangan.

|


AMARAN AKTIVITI SPAM
Pihak eSave4u.biz tidak akan
bertolak ansur dengan ahli yang melakukan SPAM.
Jika didapati melakukan SPAM, laman web pihak terlibat
akan diberhentikan serta-merta tanpa notis.
|
|

|
 |
Penaja :
Nama : Administrator
No. HP :
Pakej : Pakej AP-Executive

|
|

|
SimMohWei [Johor Bahru | Johor] azan [KOTA BHARU | Kelantan] untungaje [Bdr. Baru Bangi | Selangor] AZIZULMD [PORT DICKSON | Negeri Sembilan] LiewHuiChin [Johor Bahru | Johor] kundur5483003 [Pedas | Negeri Sembilan] kundur5483002 [Pedas | Negeri Sembilan] kundur5483001 [Pedas | Negeri Sembilan] kundur5483 [Pedas | Negeri Sembilan] Noraha003 [Batu Pahat | Johor] Noraha002 [Batu Pahat | Johor] Noraha001 [Batu Pahat | Johor] Noraha [Batu Pahat | Johor] zakiah [kota bharu | Kelantan] SAMSUDIN003 [Parit Sulong, Batu Pahat | Johor] SAMSUDIN002 [Parit Sulong, Batu Pahat | Johor] SAMSUDIN001 [Parit Sulong, Batu Pahat | Johor] SAMSUDIN [Parit Sulong, Batu Pahat | Johor] MohdFauzi [Batu Pahat | Johor] AzmanZNA003 [Johor bahru | Johor]
|
|
|
 |
|
Ijan2uAA
(9) |
|
izzahhanah
(9) |
|
Ijan2u
(9) |
|
rezkimasyuk
(6) |
|
mira
(6) |
|
baharj
(5) |
|
PakaliB
(4) |
|
bpbrother
(4) |
|
zanah
(4) |
|
pakali
(4) |
|
fozi
(3) |
|
hjrahman
(3) |
|
 |
|
izzahhanah
(13) |
|
rezkimasyuk
(13) |
|
Ijan2uAA
(12) |
|
hjrahman
(12) |
|
Ijan2u
(12) |
|
ZulMotor
(11) |
|
zanah
(10) |
|
mira
(9) |
|
murahrezeki
(9) |
|
BPBrother
(8) |
|
baharJ
(8) |
|
hanzz
(8) |
|
 |
|
rezkimasyuk
(18) |
|
hjrahman
(14) |
|
izzahhanah
(14) |
|
Abu01
(13) |
|
ZpMc
(12) |
|
Ijan2u
(12) |
|
Ijan2uAA
(12) |
|
ZulMotor
(11) |
|
nabil
(10) |
|
BPBrother
(10) |
|
murahrezeki
(10) |
|
zanah
(10) |
|
mira
(9) |
|
Kerambitsakti
(9) |
|
baharj
(9) |
|
Adam4u
(8) |
|
hanzz
(8) |
|
spprimasdnbhd
(8) |
|
IDAIS
(8) |
|
|
|